Ya Rabb..Rumah Teduh Kasih ini..menajamkan lagi nuraniku...



Salam perjuangan..
.




                       adakah permulaan diatas akhirnya membawa hidup mereka ke "Teduh Kasih"


Alhamdulillah dah 2 kali minggu ini ke rumah Teduh Kasih di bandar Muar..tempat bekas penagih Dadah berteduh sementara..tapi entah sampai bila...wajah2 layu..lusuh..kurus kering..tapi penuh pengharapan ..Kali pertama Isnin datang dengan hasrat nak berjumpa En Mohammad pegetua/pengerusi rumah Teduh Kasih ini, tanpa sebarang temujanji ..tapi  gerakan nurani terdalam ini tidak dapat ku tampung lagi..pasrah dan terus singgah walaupun sebenarnya takut..risau..bimbang dgn penghuni2 di situ...

Turun daripada kereta seorang diri..Madihah tidak mahu turun..seram katanya...terus memberi salam pada 3 orang penghuni disitu yang sedang membaca suratkhabar..Assalamualaikum...boleh saya  berjumpa dengan  pegawai yang bertugas di sini?..Ketiga2 penghuni itu terus bangun berdiri sambil menjawab salam..Waalaikumsalam..Puan.hendak berjumpa siapa?..En Mohammad keBP..tapi En ...(lupalah pulak namanya)..ada..silakan puan duduk...Tahu apa perasaan ku tika itu..tergamam..patutkah aku duduk di sini...Penghuni ini nampak begitu sopan dan menghormati tetamu..berperang dgn diri ku sendiri..macam2 persepsi terhadap mereka..tapi memang menakutkan..keadaan fizikal mereka je  dah cukup membuatkan aku berfikir dan merasa betapa derita, sakit dan tertekannya kehidupan yang telah mereka lalui dan akan lalui...




                            Cukupkah hanya sekadar kita menitiskan airmata...


Pendekkan cerita...bila aku dijemput untuk masuk ke pejabat mereka..sekali lagi aku tergamam..eh..nak masuk ke pulak..kat luar, disini aje lah dik..Tak Puan..jemput masuk ke Pejabat kita...nampaknya aku tidak ada pilihan..terus ke kereta pujuk Madihah temankan...Alhamdulillah akhirnya dia sudi temankan...Bila aku melangkah masuk diruang tamu rumah Teduh Kasih ini...Subhanallah memang begitu teduh, tenang, damai..bersih dan selesa  ..pendekata..Aura rumah ini sangat positif...Ku lihat di bahagian depan ruangtamu tersusun rapi sejadah2 ,quran2 dan beberapa buah buku.Subhanallah ..ruangtamu ini sebenarnya adalah surau mereka..inilah kekuatan kami katanya..SOLAT ..tanpanya tentu kami cari dadah semula..tersentuh nuraniku..tanpa ku sedar menitis lagi airmata ini..terbayang tika itu..tentu banyak sekali airmata taubat, keinsafan telah tertumpah di ruang tamu ini...

Perbincangan awal dgn pegawai yang bertugas sangat berjaya..aku perkenalkan diri ku daripada "Beautiful Life Coaching"..memilih untuk mengadakan   ESQ Leadership Training khusus untuk penghuni di situ dan Bekas2 penagih lainnya daripada Pengasih..dgn kerjasama KALAM,Cosre dan ESQ LC...setelah ku terangkan serba ringkas apa itu training ESQ..dan cara perlaksannannya   Alhamdulillah respond nya sangat2 positif..dan aku diminta untuk datang dan bincang detail dgn Pegawai atasannya...

Penghuni di sini ada lebihkurang 40 orang..yang bekerja dan penuh yakin dan berani keluar berjumpa masyarat hanya l/4 daripada penghuni..yang lain2 walaupun telah pulih dan meninggalkan Dadah tapi belum berani keluar dan bercampur masyarakat..takut terjebak semula... .macam2 latarbelakang mereka..ramai gak gradute..bekas pelajar universiti..yang dah berumurpun ada..60an..kebanyakannya mula menagih ketika di sekolah rendah ..telah berpuluh tahun menagih..itu masa silam mereka..yang sangat menuntun keperihatinan kita adalah  ..apakah peranan dan huluran tangan yang boleh kita berikan untuk mereka memaknai kehidupan mereka selepas adanya kesedaran, keinsafan dan keinginan untuk benar2 berubah...Jom sama2 kita fikirkan..

OK nanti kita sambung lagi..apapun  ..perjumpaaan kali ke2 semalam dengan En .Mohammad..Subhanallah..Alhamdulillah..mereka telah  bersetuju untuk menerima ESQ Leadership Training ..mereka akan kumpulkan bekas Penagih Dadah  antara 100-300 orang di sekitar Johor Melaka  dan NS..Insyaallah dalam masa sebulan dua ini akan di laksanakan..Mohon doa semua ye..sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada KALAM /Cosre puan Faridah...                .

3 comments:

Nur Su'aidah Bachok said...

huhhuhu~
salam ! nak join nk join !!!

tajamkannuraniku said...

Acu..jom join jgn x de masa dah lah...asal ko tak gelabah boleh je...

hikmah kembara said...

salam ziarah..... :)