EXPLORASI DIRI & ALAM - DIMANA-MANA kami melihat kebesaran dan kehebatan ciptaanMU... YA RABB..







Alhamdulillah pada 29hb-30hb Dis 2009  yang lalu kami telah berjaya mengendalikan Kem Explorasi Remaja Sukses di FRIM Kepong..dikendalikan bersama IQMA PRODUCTION & team drp REBUTIA . Walaupun peserta hanya 28 orang kami mampu menarik nafas lega ,bersyukur kerana dapat memberikan sepenuh perhatian kepada peserta...dan berjaya menjalani semua aktiviti dengan jayanya.....

 

 
mindset sangat penting..mesti dimulai dengan niat yang benar



.
Makhluk Allah ada diman-mana...Rezeki tetap ada untuk mereka...siapakah yang mengeluarkan rezeki dari bumi dan menurunkan rezeki daripada langit????.





Wajah-wajah ceria dan yakin sebelum menyeberangi Canopy Walk








pengalaman yang tidak mungkin dapatku lupakan....




Doa yang tidak putus-putus ku lafaskan...Ya  Rabb tetapkan langkah2 ku ini untuk meneruskan perjuangan Rasulullah, para Rasul, Sahabat2 Rasulullah..tabiin..ulama dan pejuang2 AgamaMu yang terdahulu...


Kaki ku terlalu berat untuk di angkat dan menapak di Canopy Walk ini..terasa ingin berpatah balik...bila ku palingkan badan untuk berpatah balik..perasaan gerun dan takut lebih mencengkam nuraniku...aku tidak ada pilihan sebenarnya..perjalanan ini , perjuangan ini mestiku teruskan....di saat ini terbayang betapa sukarnya untuk meniti titian sirat.. di akhirat kelak...tiada yang dapat membantu selain amalan dan Rahmat daripadaNya...