peperiksaan versus ujian hidup

Salam Perjuangan..beberapa hari ni memang terasa nak mencoret sesuatu di blog sendiri..agak lama juga asyik mengomen coretan orang lain..
Yang pasti coretan tentang apa yang aku rasai..minggu ini sekurang-kurangnya 4 orang anakanda tersayang menjalani peperiksaan..yang 2 orang peperiksaan besar tingkatan 6 dgn STAM dan Tingkatan 4 dengan SMA nya..hujung minggu sabtu dan ahad Alhamdulillah berkesempatan menziarahi mereka ..melihat sendiri wajah anakanda yang agak tertekan menghadapi peperiksaan besar ini..sebok menghafal dan menghafal katanya..semuanya nak kena hafal, x hafal x boleh jawab..terusterang aku x pernah lalu zaman itu..kerana aku belajar didalam aliran bahasa Inggeris..sedangkan anakanda ku berdua ini di aliran Arab..apapun yang syahdu dan menyentuh nuraniku bila anak2 ini meminta aku berpuasa, solat hajat dan berdoa untuk kejayaaan mereka..Moga arrasyid kurniakan kecerdasan dan menguatkan daya ingatan mereka dan memudahkan semuanya bagi mereka..

LAINLAH PULAK KISAHNYA DENGAN ANAK KU YANG SEDANG menghadapi peperiksaan akhir tahun hari ini,..seorang darjah 5 dan seorang lagi darjah 2...tiap kali nak ada pepriksaan dan ujian bulanan pasti kecoh hendak membeli alat tulis baru..mengulangkaji saat2 akhir, malam tadi bila sempat ku tinjau sikit2 semuanya masih tidak mahir..entah macamana nak jawab hari ini..yang pasti pagi tadi masing-masing bangun awal solat subuh dan membaca yassin..dan sebelum ke sekolah salam dan minta restu dan minta solat hajat dan doakan dapat A..kalau tiap2 hari macam ini kan bagus..apapun ku pasrah ..tiap yang dilalui dan berlaku pasti ada hikmhnya..

Bila bercakap pasal peperiksaan dan ujian khususnya di akhir tahun begini naluriku begitu mudah ditajamkan..dengan anak 9 orang yang masing-masing watak, perangai kegemaran, minat tidak sama..tiap kali mereka sebok bersiap untuk menhadapi peperiksaan dan tika keputusan keluar bukan mereka saja yang gelisah aku sebagai bondanya apatah lagi..yang pasti semua ini mengajar ku untuk sentiasa pasrah, berdoa dan mendekatinya..bersedia menerima apajua keputusan peperiksaan mereka..kata-kata yang selalu ku sebut pada anak-anak..jangan risau dan sedih kita pasti menuai apa yang kita tanam..

Apa yang lebih penting untuk ku coretkan disini ialah begitu ramai insan beria-ia ,bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk menghadapi apa jua peperiksaan dunia ini..sanggup berusha..membuat apa jua pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan peperiksaan yang dilalui mendapat keputusan yang paling cemerlang..malang dan sedih sekali tidak ramai dan sangat sedikit yang ingat dan sedar kehidupan kita sebenarnya adalah ujian dan peperiksaan daripada Allah..hidup di dunia ini hanyalah sebagai persiapan untuk kita menjawab dan berhadapan dengan peperiksaan yang maha besar dan penting..di alam kubur dan akhirat nanti..marilah kita sama-sama merenung dan bertanya pada diri kita..kita telah benar-benar bersediakah dan telah bersugguh-sungguh menyiapkan diri kita untuk berhadapan dengan peperiksaan di hadapan Allah yang Maha besar dan amat pasti ini..bagaimanakah dengan persediaaan kita..mampu kah nanti kita menjawap soalan-soalan daripada Allah dengan benar dan pasti..yakin kah kita??
Bila kita berbicara tentang suatu yang pasti akan datang, pasti benar ,.hakikatnya mudah pula kita lupa akan kebenarannya..seperti pesan ulama tersohor ..carilah hatimu di 3 tempat..pada solat, bacaaan quranmu dan kematian..jika kau tak menjumpai juga hatimu..mintalah Allah gantikan hatimu dengan hati yang lain kerana kamu sedang tidak memiliki hati lagi...Ya Rahman Ya rahim..tajamkan lah nuraniku ini agar aku sentiasa ingat dan sedar akan kehebatan, kebesaran dan dekatnya Kamu dengan ku..untuk anakanda semua yang sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan..berjuang lah terus agar semua itu menjadi teras pegangan hidup untuk terus bersiap sedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan yang maha besar nanti dipenghujung hidup kita..kita pasti dapat menuai apa yang kita tanam..