Salam perjuangan...
Maaflah kak..Home sweet home...saya copy and paste ke blog saya ni...sebenarnya dah lama cari resepi fish ball ni...dah banyak kali cari dan cuba tapi tidak ada yang mengena..harap2 kali ni ok...anyway thanks a lot selalu share...
Thursday, January 7, 2010
Homemade Fishball and Soup
Sorilah yaa..ni nak letak menu yang dah licin dah...akak masak sebelum cuti2 ke Perlis hari tuh...teruja dan nampak sedap je bila baca menu kat rumah Jun dan resepi asalnya dari Dalinnasue MyR tu...memang sangat sedap rasa fishball ni...eh ke sup yg akak masak tu buat fishball ni lg sedap...hahaaa...Ummi C & P je ya Jun, thanks! Tp sup tu buat sendiri la yaa...mcm kata Jun..hehe
Bahan:-
- 400 gm isi ikan tenggiri
- 1 sk. garam paras rata
- 1/2 sk. serbuk lada sulah
- 3 sb. tepung jagung
- 2 sk. tepung ubi
- 60 ml air sejuk/secukupnya
- 1/4 sk. soda bikarbonat
- secubit serbuk perasa jika suka
- Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.(*Ummi xda FP, so guna blender jek)
- Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
- Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
- Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
- Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.
ok...cuba jangan tak cuba..
Ni satu lagi resepi biasa2 je..tapi sedap....
Begedil Ayam/Daging
Bahan-Bahan:
3 biji kentang (saiz sederhana ,buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
secawan gading yg telah dicincang halus/isi ayam
sesudu teh serbuk lada putih/sulah (jika guna ayam)
sesudu teh serbuk lada hitam (jika guna daging )
Garam (secukup rasa)
1 sudu bawang goreng (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (digoreng)
1 sudu daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
secawan Minyak masak untuk menggoreng menggoreng.
Cara:
1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Rebus daging dengan secawan air dan tumbuk. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada hitam. (jika guna ayam , goreng ayam dahulu dan tumbuk daginnya.guna lada sulah)
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Biasa nya saiz begedil bergantung kpd kesukaan masing2. saya biasa membuatnya kecil sebesar duit 50sen.
4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Tips untuk begedil:
Biasanya aduan tentang begedil lembik dan hancur dalam kuali. Ini kerana adunan tidak melekat. Ada orang masukkan sesudu tepung gandum dalam adunan ttp saya lebih suka goreng kentang, Bila kentang di goreng , minyak akan jadi bahan pelekat untuk elak kentang dari terbarai.
Sebut betul2... begedil bukan pegedil atau berdegil...