Assalamualaikum anakanda2 dan sahabat2 yang dikasihi lagi di Rahmati Allah..

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang tidak mampu kita menghitungnya...Hari ini adalah hari ke6 Zulhijjah..marilah sama2 kita pertingkatkan amal kita sebelum kita menyambut Edul Adha tahun ini..perbanyakkan solat2 sunat kita terutamanya solat tahajjud, bersedekah,berzikir, berdoa dan lain2..dan jangan lupa yang berkemampuan mengerjakan korban di Edul Adha..

Ya Rabb..kurniakan kami kesempatan dan kemampuan untuk kami mengerjakan haji dan umrah ..kami rindukan kesempatan untuk duduk di bawah terik matahari di padang Arafah..untuk berwukuf..memohon keampunanMu..memohon perlindungan dan RahmatMu..rindu untuk beramal dan beribadat ketika di Tanah Suci...

Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.
Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.
"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran.
"Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.
Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.
"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita.
"Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya.

Anakanda2 dan sahabat2 yang dikasihi...Pada hari tersebut juga, kita, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa..jom kita berpuasa dan banyak2 berdoa dan beristighfar pada hari tersebut dan di malam hari Raya..memohon keampunan..memohon keredhaan, rahmat dan perlindungan daripada Yang Maha Pengampun..Maha Mengasihani agar kita selamat di dunia dan selamat daripada siksa api neraka diakhirat.. Marilah sama2 kita merenung jauh ke dalam diri kita..adakah setelah sekian lama kita hidup menumpang di bumi Nya ini dengan segala nikmat dan kemudahan yang di sediakan oleh Pencipta kita..sudahkah atau sanggupkah kita mengorbankan semua yang kita miliki sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya..sebagaimana pengorbanan yangdilakukan oleh bapa kita sekeluarga..Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar??


Renung-renungkanlah..sudahkah kita mengorbankan semaksima mungkin masa, tenaga,harta benda dan jiwa kita demi cinta kita  kepada Allah, Rasulullah dan Islam ..atau sanggupkah kita mengorbankan apa saja bila sampai tika dan masanya untuk membuktikan cinta tanpa berbelahbagi pada Allah dan Rasulullah saw..

Kepada  semua, Selamat Menyambut Edul Adha..Ya Rabb ampuni kami, rahmati kami, lindungi kami, tuntuni kami, ajari kami .....Khas untuk anakanda yang disayangi Abdullah Mus'ab dan NorHidayah..bersabar dan tabah dengan ujian perpisahan jarak antara kalian..Ya Rabb rahmati,lindungi ,kurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan pada mereka..pasti ada hikmah besar disebalik semua ini..untuk Dayah..Welcome home!! Back to Malaysia... 

Ya Rabb ..kurniakan kami kesempatan dan kemampuan untuk mengerjakan Haji dan Umrah.

                                          Gambar terbaru pagi tadi..drp blog yg sangat ku minati

Salam perjuangan..Kesuntukan masa dan kesibukkan dalam memenuhi jadual ketat pelbagai aktiviti menjadi alasan demi alasanku mengapa tidak  update blog ni...Alhamdulillah petang ini..Allah aturkan kesempatan ini..selepas beberapa kali ku ulang membaca sms kiriman seorang sahabat rapat ku daripada Mekah AlMukarramah tengahari tadi.


"Salam kekandaku sayang..Membaca tazkirahmu..mengingatkan kepada teman seperjuanganku. Moga doa2 para tetamu Allah mengiringi perjuanganmu dan sahabat2..Doakan adindamu ini..Masa berlalu sangat pantas..Cintaku pada sahabat kerana Allah..Salam dari tetamu Allah buat semua sahabat" ...membaca sms sahabatku ini tanpa kusedari airmataku menitis..teringat beberapa minggu sebelum dia berangkat kami sering berkongsi cerita, ilmu pengalaman dan begitu excited bercerita tentang haji dan umrah..tika itu aku dan suami berkeyakinan tinggi akan mengerjakan haji tahun ini..tapi saat ini keyakinan itu hilang sedikit demi sedikit..yang pasti hingga hari ini tiada surat atau berita tentang ini..Kami ikhlas,redha menerimanya Ya Rabb dan kami pasrahkan ketentuannya kepadaMu..pasti semua yang Kau atur ini terbaik buat kami pada saat dan tika ini...

Setelah beberapa kali rayuan di buat pada Tabunghaji dan Jabatan perdana Menteri...disamping doa yang tidak putus2..Engkau masih tangguhkan menjemput kami sebagai tetamuMU..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengatur..PengaturanMu sangat sempurna..


Aku merenung jauh ke dalam diri dan muhasabah diri tentang penangguhan ini...Muhasabah  tentang doa..bagaimana kita memahami konsep doa?berapa kali kita berdoa?dan..setiap kali kita berdoa..kita akan mengharapkan apa yang dipohon disebalik doa yang dilafazkan dimustajabkan dan diperkenankan oleh Allah s.w.t..Persoalan penting yang timbul adalah Bilakah Doa kita akan dimakbulkan?

Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon,atau ia menolak denagn musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."


Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)