peperiksaan versus ujian hidup

Salam Perjuangan..beberapa hari ni memang terasa nak mencoret sesuatu di blog sendiri..agak lama juga asyik mengomen coretan orang lain..
Yang pasti coretan tentang apa yang aku rasai..minggu ini sekurang-kurangnya 4 orang anakanda tersayang menjalani peperiksaan..yang 2 orang peperiksaan besar tingkatan 6 dgn STAM dan Tingkatan 4 dengan SMA nya..hujung minggu sabtu dan ahad Alhamdulillah berkesempatan menziarahi mereka ..melihat sendiri wajah anakanda yang agak tertekan menghadapi peperiksaan besar ini..sebok menghafal dan menghafal katanya..semuanya nak kena hafal, x hafal x boleh jawab..terusterang aku x pernah lalu zaman itu..kerana aku belajar didalam aliran bahasa Inggeris..sedangkan anakanda ku berdua ini di aliran Arab..apapun yang syahdu dan menyentuh nuraniku bila anak2 ini meminta aku berpuasa, solat hajat dan berdoa untuk kejayaaan mereka..Moga arrasyid kurniakan kecerdasan dan menguatkan daya ingatan mereka dan memudahkan semuanya bagi mereka..

LAINLAH PULAK KISAHNYA DENGAN ANAK KU YANG SEDANG menghadapi peperiksaan akhir tahun hari ini,..seorang darjah 5 dan seorang lagi darjah 2...tiap kali nak ada pepriksaan dan ujian bulanan pasti kecoh hendak membeli alat tulis baru..mengulangkaji saat2 akhir, malam tadi bila sempat ku tinjau sikit2 semuanya masih tidak mahir..entah macamana nak jawab hari ini..yang pasti pagi tadi masing-masing bangun awal solat subuh dan membaca yassin..dan sebelum ke sekolah salam dan minta restu dan minta solat hajat dan doakan dapat A..kalau tiap2 hari macam ini kan bagus..apapun ku pasrah ..tiap yang dilalui dan berlaku pasti ada hikmhnya..

Bila bercakap pasal peperiksaan dan ujian khususnya di akhir tahun begini naluriku begitu mudah ditajamkan..dengan anak 9 orang yang masing-masing watak, perangai kegemaran, minat tidak sama..tiap kali mereka sebok bersiap untuk menhadapi peperiksaan dan tika keputusan keluar bukan mereka saja yang gelisah aku sebagai bondanya apatah lagi..yang pasti semua ini mengajar ku untuk sentiasa pasrah, berdoa dan mendekatinya..bersedia menerima apajua keputusan peperiksaan mereka..kata-kata yang selalu ku sebut pada anak-anak..jangan risau dan sedih kita pasti menuai apa yang kita tanam..

Apa yang lebih penting untuk ku coretkan disini ialah begitu ramai insan beria-ia ,bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk menghadapi apa jua peperiksaan dunia ini..sanggup berusha..membuat apa jua pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan peperiksaan yang dilalui mendapat keputusan yang paling cemerlang..malang dan sedih sekali tidak ramai dan sangat sedikit yang ingat dan sedar kehidupan kita sebenarnya adalah ujian dan peperiksaan daripada Allah..hidup di dunia ini hanyalah sebagai persiapan untuk kita menjawab dan berhadapan dengan peperiksaan yang maha besar dan penting..di alam kubur dan akhirat nanti..marilah kita sama-sama merenung dan bertanya pada diri kita..kita telah benar-benar bersediakah dan telah bersugguh-sungguh menyiapkan diri kita untuk berhadapan dengan peperiksaan di hadapan Allah yang Maha besar dan amat pasti ini..bagaimanakah dengan persediaaan kita..mampu kah nanti kita menjawap soalan-soalan daripada Allah dengan benar dan pasti..yakin kah kita??
Bila kita berbicara tentang suatu yang pasti akan datang, pasti benar ,.hakikatnya mudah pula kita lupa akan kebenarannya..seperti pesan ulama tersohor ..carilah hatimu di 3 tempat..pada solat, bacaaan quranmu dan kematian..jika kau tak menjumpai juga hatimu..mintalah Allah gantikan hatimu dengan hati yang lain kerana kamu sedang tidak memiliki hati lagi...Ya Rahman Ya rahim..tajamkan lah nuraniku ini agar aku sentiasa ingat dan sedar akan kehebatan, kebesaran dan dekatnya Kamu dengan ku..untuk anakanda semua yang sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan..berjuang lah terus agar semua itu menjadi teras pegangan hidup untuk terus bersiap sedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan yang maha besar nanti dipenghujung hidup kita..kita pasti dapat menuai apa yang kita tanam..

ku tulis apa yang ku rasa

Salam akhir Ramadhan..hari ini hari ke 29 Ramadhan..kalau ada rezeki esok ada sehari lagi bersama mu..dengar- dengar anakanda yang jauh diperantauan cuma bersama ramadhan 29 hari je..esok muslim di sana dah berhariraya..apapun moga telah berjaya melalui tarbiyah ramadhan tahun ini dengan success..moga telah dapat kembali jatidirimu dan kembali kepada fitrahmu yang asal yang dikurniakan oleh Allah penciptamu yang sentiasa menyayangi dan dekat denganmu..

Sayang dan cintanya Allah kepada kita tiada batasnya..kerdilnya kita disisinya..banyak mana kita beramal dan berusha untuk buktikan cinta kita pada Nya tidak mungkin dapat kita membalas segala kasihsayang dan nikmat yang telah dikurniakan pada kita..Maha Suci Allah ..semua itu agar kita sentiasa merasakan kerdilnya kita disisinya..

Bila kenang masa yang berlalu, saat bersama orang-orang tersayang memang mengharukan..sebab itulah kita perlu belajar menikmati sepenuhnya apa jua saat yang ditakdirkan pada kita..jangan nanti bila telah tiada lagi peluang baru kita sedar betapa ruginya kita membiarkan semua itu berlalu..malam tadi sempat meninjau kisah keluarga yang ditinggalkan orang tersayang "dengan paksaan", kerana ayah/suami di tahan dibawah ISA..ada yang dah lebih 5 tahun dan 6 tahun ditahan dibawah ISA..ditahan tanpa perbicaraan..mungkin tanpa bukti..bayangkan betapa zalimnya akta ini..menahan seseorang tanpa pembuktian, tanpa perbicaraan..bertahun-tahun..mungkin ada yang tidak kenal ayahnya kerana tika ditahan anak-anaknya masih kecil lagi. Cuba kita bayangkan kalau kita ditempat mereka..sudah tentu rasa tertekan dan tidak puashati..rindu.. yang munkin boleh dibuat ialah berdoa, bersabar dan menunggu..dan menunggu..Bila menletakkan diriku di tempat keluarga ini ia nya betul-b etul menajamkan nuraniku..aku belum lagi di uji sebegini..hanya diuji Allah berpisah dengan insan tersayang bersebab yang nyata..kerana tugas..kerana satu perjuangan..menuntut ilmu..sementara jua.. yang pasti ada sinar dan cahaya dihujung sana..

Buat anakanda tersayang yang jauh diperantauan, nikmatilah perpisahan sementara ini..tidak bersama di pagi raya adalah perkara biasa kan..dimana , dengan siapa kita meraikannya tidaklah begitu penting dibandingkan bagaimana kita meraikannya..berpegang kepada Islam , sentiasa jadikan Islam as our way of life adalah segala-galanya..mama berharap abang tabah dan dapat nikmati apajua suasana disana ..yang penting pertahankan jatidirimu, sentiasa berpegang dengan Islam..moga kebahagiaan sentiasa bersamamu ..

PUn begitu jarak antara kiat tidak terasa jauh pun dengan adanya internet dan dapat berhubung selalu terasa sangat kita dekat dan mudah berhubung..cuba bayangkan mereka yang terdahulu ..gi tuntut ilmu mengembara cari ilmu dengan berjalan kaki, naik kapal laut yang ambil masa bertahun-tahun, tidak kenal siapa-siapa disana..ada yang lebih 10 tahun tidak balik kampung..semata-mata kerana cintanya pada ilmu..yang penting kita nikmati semua itu..kita selalu dipesan bila susah lihat orang yang lebih susah agar kita rasa ada orang yang lebih susah daripada kita..kalau senang jangan lihat orang yang lebih senang tapi lihat juga pada orang di bawah kita..agar kita sentiasa mengingat diri kita siapa dan di mana..

Harap tulisan kali ini difahami..maaf jua dipinta tidak pandai menulis..dulu SPM pun BM hanya dapat C6..heh..heh..kawan-kawan selalu kata saya ada kelebihan pandai cakap tidak pandai menulis pun ok lah juga..tapi tiap kali ada kawan kata begitu, hati dan nuraniku tersentuh bahaya ni takut-takut pandai cakap je tidak pandai melaksanakannya..aku berlindung dengan Allah daripada memiliki sifat ini ..yang penting yang ku tulis tiap kali adalah apa yang ku rasa, apa yang ku alami..dengan harapan semua ini dapat menjamkan nuraniku..

Jiwa Yang Kaya-tajamkan nuraniku

Salam akhir ramadhan..begitu cepatnya masa berlalu..tinggal 3 hari sahaja lagi peluang kita nak bermanja melepaskan rindu kita kepada ramadhan arkarrim..tahun hadapan entah kan ada peluang atau tidak..semalam sempat membaca salah satu blog kesukaanku..nik abduh anak tuan guru Nik Aziz..betul2 menyentuh dan menajamkan nuraniku..beliau bercerita bagaimana beliau dididik oleh ayahandanya, menghormati ayahbonda dan ulama..cara bercakap, body language dan semuanya mestilah mengambarkan rasa malu., rendahdiri dan menghormati mereka..siapalah mereka jika nak dibandingkan dengan kita..ianya benar-benar menyentuh nuraniku kerana itulah yang diajar dan dididik oleh Allah dan Rasululluh pada kita..menghormati, mentaati mereka kerana tanpa redha mereka tiadalah redha Allah..

Allah sentiasa melimpahi rahmat, kasihsayangnya kepada kita..tanpa henti dangan mengurniakan pula kepada kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung oleh kita..walaupun banyak hal kita tidak pun pernah meminta padanya..namun sifat insan mudah lupa dan kerap lupa Pada hadirnya Allah dalam hidup dan setiap helaan nafasnya..terlalu banyak kelekaan kita, kesilapan kita, dosa-dosa yang kita lakukan..namun kasihsayang Allah melebihi kemurkaannya pada kita..diberi kita peluang demi peluang, ruang demi ruang untuk kita kembali mendekati dan mengingatinya..

Marilah diakhir ramadhan kali ini kita betul-betul pulun untuk lebih mendekati, mengenali dan mencintai Allah dan Rasulullullah..tidak lupa juga ibubapa, adik beradik, anak-anak, sahabat, saudaramara, jiran tetangga dan insan semuanya..muga usha kita untuk menyebarkan cahaya yang pernah dibawa oleh Rasulullah bersama-sama para sahabatnya dapat kita warisi yang bakal pula diwarisi oleh anak-anak, cucu-cicit kita insyaallah..

Pagi semalam kami di sini alhamdulillah telah berjaga mengadakan satu majlis "Badar Al Qubra"..majlis meraikan lebihkurang 150 orang anak-anak yatim, ibutunggal dan fakir miskin dan memerlukan..tersentuh nurani ini bila bersama mereka diakhir ramadhan ini..wajah-wajah yang begitu syahdu dan penuh pengharapan..sempat bersama ustaz Sulaiman Sharif yang memberi tazkirah tentang ramadhan dan solat, tazkirah yang seharusnya dapat menajamkan nurani siapa saja yang mendengarnya..ramai orang yang fakir dan miskin tidak punya apa-apa dan serba kekurangan ..tapi hakikatnya lebih ramai lagi yang fakir dan miskin nurani dan jiwanya tetapi tidak pula risau dan ambil endah bagaimana hendak memperbaikinya..
Kalau tidak silap ada hadis nabi yang lebih kurang kesimpulannya..orang kaya yang pemurah dan kaya pula jiwanya lebih baik daripada orang yang miskin , miskin pula jiwanya..orang kaya yang miskin jiwanya adalah lebih buruk daripada orang miskin yang kaya jiwanya..ini sebenarnya peringatan kepada kita semua..jika kita ditakdirkan miskin pastikan jiwa kita tidak miskin juga tetapi pastikan jiwa kita kaya dan besar kerana itulah kekayaan yang hakiki..jika kita ditakdirkan kaya..pastikan jiwa kita juga kaya, kerana itulah kekayaaan yang sebenarnya.

Jiwa yang kaya itu dimiliki oleh orang-orang mukmin, yang sentiasa mengenali, mendekati dan mencintai Allah dan Rasulullah dan sentiasa berusaha untuk meneruskan perjuangan Rasulullah dan para sahabat walaupun terpaksa berhadapan dengaan bermacam ujian dan rintangan. Mereka inilah insan yang memiliki jatidiri yang sebenarnya.

Moga berakhirnya ramadhan tahun ini yang merupakan tarbiyah direct Allah pada kita setiap tahun dapat menjadikan kita insan yang memiliki jiwa yang kaya..nurani yang tajam , suarahati yang bersih daripada segala belenggu, dan sentiasa bersedia untuk bertemu dangan penciptanya..moga berlain yang ada dalam diri kita dapat dikeluarkan dan digilap sentiasa agar ia memancarkan sinarnya yang bakal menyinari insan yang memerlukan..

video

~penarik beca: Mu sekat aku, aku luku kepalamu#comment-form

salam ramadhan, salam perdamaian..subhanallah memang tajam penulisan kali ini..mg ia mampu menajamkan nurani siapa yang membacanya..apapun yang pasti apa yang dikata,apa yang berlaku bila ia menyentuh nurani dan matahati pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam..yang pasti ambil masa pula untuk diubati..mq pemimpin2 kita dipelihara oleh Allah matahatinya..

Alhamdulillah..aku pasrah

Alhamdulillah..hari ini adalah hari kesepuluh ramadhan 1429..terasa begitu cepat masa berlalu..ya ramadhan belum puas aku memelukmu..bersamamu.melepaskan rindu...tinggal 20 hari lagi kita bersama, kan bertemukah kita lagi tahun hadapan..

Apa pun aku bersyukur padamu Ya Syakur kerana kurniakan aku kekuatan pagi ini untuk mula menulis di blogku sendiri..doaku panjatkan kepadamu Ya Rahim, Ya Mattin agar langkahku ini merupakan usha ku untuk MENAJAMKAN NURANIKU..nur yang kau anugerahkan kepadaku walaupun aku tidak pernah memintanya..kau anugerahkan padaku agar aku mengenalimu sebagai Al Khaliq yang menciptakan aku dan semua yang ada di alam semesta raya ini..terasa kerdilnya diri ini ..

Ya Quddus aku tak pasti apa yang ku rasakan tika ini..semuanya berbaur dengan bermacam-macam rasa..sunyi sesunyi2nya, sepi sesepi2nya..yang pasti, nuraniku tersentuh tiap kali memikirkan tentang perpisahan..perpisahan yang pasti akan datang jua..dua hari lagi anakandaku yang sulung akan ke luar negara menyambung pengajiannya disana..belum2 lagi dah terasa rindu, terasa sepi..entahkan berjumpa lagi selepas ini..walaupun aku pujuk hati ini panjang umur ada rezeki pasti berjumpa lagi..apapun aku pasrah kerana aku telah lama berpegang bahawa segala urusan kehidupanku akan pasti diuruskan oleh Yang Maha Segala-galanya, yang tahu setiap penghujung kehidupan..yang pasti ada sinar disana..apapun aku redha sepertimana janji ku setiap lepas subuh dan asar..radhitubillihirabbawabilislamadinah wabimuhammadinnabiyauwarasullla...Aku redha ya Allah engkau sebagai rabbku, Islam sebagai deenku dan bernabi dan berrasulkan Nabi Muhhammad saw..yang pasti aku perlu teruskan proses menajamkan nuraniku ini..