Salam perjuangan...
Pohon itu hijau
Pepohonan itu hijau
Kita terlalu sering melihat pohon hijau
Sehingga kita sering terlupa bahawa ada pula pohon merah
Aku akan senang berkisah padamu
tentang pohon yang hijau
Betapa indahnya dunia
Kenzo Takada
Sempatkah kita menatapi embun ini setiap pagi dan menikmati kehadirannya..dan bersyukur pula dengan kehadirannya
Setiap pagi apabila kita bangun,
apakah yang kita inginkan?...
Ya, tentunya kita inginkan segala urusan hari ini berjalan lancar .
Kita tidak mahu menemui masalah,
apalagi masalah yang menjengkelkan di hari ini.
Pokoknya hari ini kita ingin bahagia,
tidak ingin bersedih..ingin sekali bersuka tidak ingin berduka...
Pertanyaannya adalah, bagaimanakah caranya ya..?
Adakah bahagia dan sedih itu boleh di buat pilihan.
Atau suatu keadaan yang mahu tidak mahu
sentiasa singgah didalam diri kita...timbul tenggelam... Kalau rasa sedih sedang menghinggapi kita..
mampukah kita tersenyum dan gembira..
Sememangnya senang dan sedih, suka dan duka
adalah dua perasaan yang berlawanan
yang di kurniakan ALLAH pada manusia.
Sudah pastilah setiap daripada kita mengalami perasaan suka maupun duka. Suatu saat berduka, suatu saat bergembira...
BAHKAN YANG MENGHAIRANKAN sekali sekala ianya bercampur..suka dan duka menjadi satu.
Setiap kita mengalami kesedihan dan kebahagiaan
dalam porsi masa yang sama.
Mustahil bagi seseorang,
apabila dalam seluruh kehidupannya,
mengalami kedukaan terus menerus,
atau sentiasa pula bahagia.
Orang kaya yang berlimpah harta dan kedudukan ,
yang kita sangka selalu bahagia, pasti ada rasa duka,
gundah gulana yang hinggap didalam dirinya..
Demikian juga orang yang selalu hidup dalam kemiskinan tidak bererti kebahagian tidak pernah singgah dalam dirinya.
Suka dan duka pasti singgah di diri manusia
dalam kurun masa yang sama..
Itu adalah suatu kepastian.