Salam perjuangan...
Hidup ini ibarat mengenderai basikal..jika inginkan hidup yang seimbang kita mesti pastikan kehidupan ini sentiasa bergerak...
Adakah sesiapa diantara kita pernah menunggang basikal tanpa mengayuhnya? walau bagaiman kuatpun kita berusaha untuk bertahan..tidak berapa lama setelah itu kita pasti terjatuh jua..ini bermakna untuk mengenderai basikal kita kena sentiasa mengayuhnya..cepat ataupun lambat..jika ingin kehadapan kita kena mengayuhnya..jika terasa penat berhenti dan berehatlah dan mengayuh semula setelah punya tenaga baru dan terasa ringan kepenatannya...teruskan mengayuh hingga sampai ke garis penamat atau sampai ke tempat yang ingin di tuju.
Begitu juga lah kehidupan ini..untuk menikmati hidup seimbang dan bahagia kita kena pastikan kehidupan ini terus bergerak..teruskan melangkah hingga sampai ke penghujungnya hingga sampai ke garis penamat..jangan berhenti walaupun kita gagal dan ada rintangan..teruskan perjalanan toleh sekali sekali ke belakang takut nanti kita ulangi kesilapan lalu..jika tersandung dan terjatuh lagi terus bangkit dengan lebih gagah dan firm..
Nanti bila kita susuri semula jejak garis perjalanan yang pernah kita lalui pasti kita tersenyum dan menarik nafas lega betapa jatuh jatuh dan jatuh lagi walaupun pernah luka dan berdarah..parut nya mungkin masih ada tapi kita pasti terasa betapa manisnya pengalaman itu...indahnya saat itu yang merasai indah dan nikmat itu hanyalah kita..tapi jika kita jatuh dan tidak lagi bangun selepas itu pastilah luka itu terus berdarah tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya...
Hidup ini singkat..so enjoy it..indahnya hidup ini so nikmati ia..hidup ini perjuangan..so teruskan perjuangan ini ...hingga kita kembali dan pulang kepadaNYA....