Sujud kepada Allah , bersyukur sepanjang waktu



Salam perdamaian..terjumpa gambar ini di website www.northtumbriamalaysiansociety.org anak muda di tengah ini nampak begitu bergaya punya karisma tersendiri..ada gaya trainer nampaknya..apapun setinggi2 syabas dan tahniah di atas kecemerlangan peperiksaan tahun satu..dapat first class ,terbaik antara 170 orang pelajar bacelor in Quantity Surveying..Mama doakan abang terus melakar kecemerlangan di setiap bidang dan aktiviti yang diceburi .

Tiga empat kali juga cuba posting ..kali ini harap2 berjaya..x pasti kenapa x boleh save dan publish..apapun bang, mama harap belum terlambat untuk catatkan ucapan tahniah di sini..Bila abang tanya pada mama apa perasaan mama dengan kecemerlangan kali ini..mama terdiam, cuba betul2 kenal pasti apa emosi terdalam..yang pasti mama cukup puashati..bersyukur sepanjang waktu..terus sujud syukur bila dapat berita tu..banyak juga airmata melimpah di sejadah..kenangan masa lampau terbayang begitu jelas..

Teringat game rollercoaster di MCB esq training..itulah hakikat kehidupan ini pasti ada turun naiknya..jatuh bangunnya..rasa ringan dan berat..terasa begitu berat bila menjauh daripada Allah, terasa begitu ringan bila mendekat kepada Allah..Subhanallah..sebab itu begitu penting untuk kita menghayati kehidupan ini..di tika manapun, dalam keadaan apa pun , menghayatinya dengan sepenuh hati..merasai keseronokannya..menempuh cabaran dan menikmati tiap detik kehidupan ini. Apa jua situasi, cabaran, ujian, kepedihan, kesukaran maupun kesenangan dan kegembiraan , kita ingat siapa diri kita..apa tujuan kita dihidupkan dan kita pasti pulang kepadanya sudah pasti ketenangan dan kebahagiaan dapat dikecapi..Semua kenangan bersama masih segar dalam ingatan..moga ianya sentiasa menjadi panduan, tauladan buat kita..sekali jatuh, atau beberapa kali jatuh tidak bermakna kita akan terus jatuh..biarlah jatuh yang keberapa kalipun merupakan langkah-langkah untuk kita terus bangun dan bangun.. semua itu akan membina kekuatan dalaman dan keperibadian kita..yang penting kita kena pastikan kita sentiasa berada di reel, di landasan, di orbit yang telah ditentukan oleh Pencipta kita..berpeganglah dengan prinsip yang utuh yang ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita..

6 comments:

ainajad@yahoo.com said...

salam..
Wow..x sangkanya..hebat2.. rasa ingin berkongsi kejaayaan anakanda sorang ni..syabas2.. berbunga kembang di hati..
semoga tangga di hadapan dapat didaki dengan lakaran yg indah2..amin..

Anonymous said...

salam macik.. saya ni kawan mus'ab.. perenggan terakhir makcik tu mmg hebat lah.. saya siap buat quote lagi dekat facebook saya... jiwang sungguh mak cik ni..hebat..

pensel tajam said...

haha.
ini mmg ibuku yg jiwang.
proud of her..
=)

tajamkannuraniku said...

salam perjuangan..ainajad, syukran sudi gak jengok blog ni..ehm..mg dapat manafaat drpnya..tentu usu ni kan...

tajamkannuraniku said...

salam perjuangan..anonymous, napa x letak nama boleh gak nanti makcik letak kat facebook badge..apapun syukran sudi gak jengok blog ni..mg dapat manafaat..

Anonymous said...

saya tak register lagi la makcik.. tak pa nanti saya register..