Salam perjuangan............Sepagian..aku mencari diriku..berjam-jam duduk depan laptop ni..rasa gundah, resah serba x kena..dah 4 hari x solat..cuti khas bulanan..nurani yang begitu mudah tumpul ini ku cuba tajamkan dengan berzikir dan bacaan almaksurat yang memang telah ku hafal dan hayati sekian lama..namun ia tetap x sama dengan kehebatan solat...airmataku menitis lagi begitu laju tanpa boleh ditahan-tahan..memperingati peristiwa malam isra' dan mikraj 27 rajab pasti menajamkan nurani..hikmah difardukan solat ke atas kita, di turunkan kefarduan solat kepada Rasulullah di atas langit tidak seperti syariat yang lain diturunkan di bumi..
Ya Rabb..seringkali diriku diminta untuk taat, tapi hatiku sentiasa merasa berat, kerana memang tidak mencintai ketaatan. Kerana itu aku tahu yang pertama kali aku patut lakukan adalal mengubati nuraniku..bila sudah sembuh, nikmat cinta pun akan datang dengan sendirinya..amin
Ya Rasulullullah.. aku rindu padaMU. Salam sejahtera untukmu, wahai Rasulullullah..salam sejahtera untukmu wahai kekasihku, kekasih Allah..aku merinduimu ya Rasululullah. Ya Rasullullah..aku berjanji wahai Rasululullah, aku akan teruskan perjuangamu..aku akan menjaga sunnahmu, akan ku sampaikan ajaran dan sunnahmu pada setiap orang yang ku temui dan ku hampiri..aku tahu dan insaf ya Allah..begitu ramai abid dan pejuang Mu sedang sujud, menangis kepada Mu, bersimpuh di hadapan Mu, begitu ramai yang mengucapkan Ya Allah...maaf.., ampun Ya Allah..pasti kau membanggakan mereka dihadapan para malaikatMu..Ya Allah jadikan kami insan yang semakin gemar beribadat, kian mencintaiMu, Rasul dan agamaMu..
Melihat gambar2 diatas begitu menyentuh nurani ini..gambaran terbaru di Masjid Nabawi..Ya Allah aku begitu rindu untuk menziarahi rumah Mu dan makam Rasululullah..permudahkan Ya Allah Yang Maha Mendengar rayuan...Ya Allah kurniakan kami kesempatan berhaji sesudah berhaji serta berumrah sesudah berumrah..Amin
1 comment:
ana uhbbuka aidon ya rasulallah..
selawat ke atas baginda..cinta dan saynag untuk baginda..rinduuuuu sekali nk jejak kaki ke sana...
Post a Comment