Menajamkan nurani siapa jua yang memandangnya...



All About Kaabah

"Dari arah mana saja kamu keluar (datang) , maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhan mu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan" (al-Baqarah : 149)

Betapa indahnya gambar ini. Mengingatkan kita akan kebesaran Allah yang Maha Kuasa. Bercita-citalah kita kearahnya. Kejayaan kita akan sempurna jika kita dapat melihatnya dengan jarak yang lebih dekat lagi. Keinsafan pasti akan datang dalam nurani kita dan segala keinginan yang hendak kita capai pasti datang.Mudah-mudahan ya..mari sama-sama kita ikhlaskan dan pasrahkan kepada Ketentuan dan keizinan Nya jua...


Salam perjuangan...bahan ini sebahagian besarnya ku mohon izin drp seorang kenalan untuk di posting dalam blog ini..syukran jazilan..moga ramai yang dapat manafaatnya...


Menitis airmataku..agak deras dan hangat sekali.... Ya Rabb..ianya benar-benar menajamkan nuraniku ..Terasa benar... Rindu nak jejakkan kaki lagi ke Tanah Suci. Ya Razzaq, Ya Wahhab , Engkaulah Yang Maha Memberi dan mengurniakan rezeki.. murahkan rezeki kami agar dapat bertawaf di rumah Mu lagi...


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah!!!

Allahuakbar!!!


Walau dimana dan apa pekerjaan kita seharian..marilah kita terus "bertawaf" sepertimana bertawafnya bulan, bintang, matahari, planet dan semua ciptaan Allah..langsung tidak pernah keluar daripada orbit yang telah ditetapkan...moga kita begitu juga sentiasa patuh, taat dan menundukkan diri dengan penuh kerelaan, keikhlasan dan pasrah kepada Al Malik..Yang Maha Memiliki...


Maha Pengampun dan Maha Penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya
Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

3 comments:

pensel tajam said...

hati tiba2 jadi berdebar.

Salam sejahtera....... said...

salam ziarah..
berjalan2 di alam maya, terjumpa blog yang cantik ni, moga dapat menajamkan nurani ku.

pensel tajam said...

blog ni mmg cantik.