Subhanallah..sedapnya...
Aku terus mencari diriku...
Salam perjuangan............Sepagian..aku mencari diriku..berjam-jam duduk depan laptop ni..rasa gundah, resah serba x kena..dah 4 hari x solat..cuti khas bulanan..nurani yang begitu mudah tumpul ini ku cuba tajamkan dengan berzikir dan bacaan almaksurat yang memang telah ku hafal dan hayati sekian lama..namun ia tetap x sama dengan kehebatan solat...airmataku menitis lagi begitu laju tanpa boleh ditahan-tahan..memperingati peristiwa malam isra' dan mikraj 27 rajab pasti menajamkan nurani..hikmah difardukan solat ke atas kita, di turunkan kefarduan solat kepada Rasulullah di atas langit tidak seperti syariat yang lain diturunkan di bumi..
Ya Rasulullullah.. aku rindu padaMU. Salam sejahtera untukmu, wahai Rasulullullah..salam sejahtera untukmu wahai kekasihku, kekasih Allah..aku merinduimu ya Rasululullah. Ya Rasullullah..aku berjanji wahai Rasululullah, aku akan teruskan perjuangamu..aku akan menjaga sunnahmu, akan ku sampaikan ajaran dan sunnahmu pada setiap orang yang ku temui dan ku hampiri..aku tahu dan insaf ya Allah..begitu ramai abid dan pejuang Mu sedang sujud, menangis kepada Mu, bersimpuh di hadapan Mu, begitu ramai yang mengucapkan Ya Allah...maaf.., ampun Ya Allah..pasti kau membanggakan mereka dihadapan para malaikatMu..Ya Allah jadikan kami insan yang semakin gemar beribadat, kian mencintaiMu, Rasul dan agamaMu..
Melihat gambar2 diatas begitu menyentuh nurani ini..gambaran terbaru di Masjid Nabawi..Ya Allah aku begitu rindu untuk menziarahi rumah Mu dan makam Rasululullah..permudahkan Ya Allah Yang Maha Mendengar rayuan...Ya Allah kurniakan kami kesempatan berhaji sesudah berhaji serta berumrah sesudah berumrah..Amin
Sujud kepada Allah , bersyukur sepanjang waktu
Salam perdamaian..terjumpa gambar ini di website www.northtumbriamalaysiansociety.org anak muda di tengah ini nampak begitu bergaya punya karisma tersendiri..ada gaya trainer nampaknya..apapun setinggi2 syabas dan tahniah di atas kecemerlangan peperiksaan tahun satu..dapat first class ,terbaik antara 170 orang pelajar bacelor in Quantity Surveying..Mama doakan abang terus melakar kecemerlangan di setiap bidang dan aktiviti yang diceburi .
Tiga empat kali juga cuba posting ..kali ini harap2 berjaya..x pasti kenapa x boleh save dan publish..apapun bang, mama harap belum terlambat untuk catatkan ucapan tahniah di sini..Bila abang tanya pada mama apa perasaan mama dengan kecemerlangan kali ini..mama terdiam, cuba betul2 kenal pasti apa emosi terdalam..yang pasti mama cukup puashati..bersyukur sepanjang waktu..terus sujud syukur bila dapat berita tu..banyak juga airmata melimpah di sejadah..kenangan masa lampau terbayang begitu jelas..
Teringat game rollercoaster di MCB esq training..itulah hakikat kehidupan ini pasti ada turun naiknya..jatuh bangunnya..rasa ringan dan berat..terasa begitu berat bila menjauh daripada Allah, terasa begitu ringan bila mendekat kepada Allah..Subhanallah..sebab itu begitu penting untuk kita menghayati kehidupan ini..di tika manapun, dalam keadaan apa pun , menghayatinya dengan sepenuh hati..merasai keseronokannya..menempuh cabaran dan menikmati tiap detik kehidupan ini. Apa jua situasi, cabaran, ujian, kepedihan, kesukaran maupun kesenangan dan kegembiraan , kita ingat siapa diri kita..apa tujuan kita dihidupkan dan kita pasti pulang kepadanya sudah pasti ketenangan dan kebahagiaan dapat dikecapi..Semua kenangan bersama masih segar dalam ingatan..moga ianya sentiasa menjadi panduan, tauladan buat kita..sekali jatuh, atau beberapa kali jatuh tidak bermakna kita akan terus jatuh..biarlah jatuh yang keberapa kalipun merupakan langkah-langkah untuk kita terus bangun dan bangun.. semua itu akan membina kekuatan dalaman dan keperibadian kita..yang penting kita kena pastikan kita sentiasa berada di reel, di landasan, di orbit yang telah ditentukan oleh Pencipta kita..berpeganglah dengan prinsip yang utuh yang ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita..
Kemboja, bersamamu menajamkannuraniku..
Salam perjuangan..Bulan Rejab yang penuh keberkatan ini begitu cepat berlalu..apa khabar iman , amal dan ihsan kita..yang mana semua ini sangat perlu di recharge , diperbaiki , di pertingkatkan malahan perlu dipastikan tiada musuh yang nyata maupun tersembunyi menggangu apalagi merosakkannya..dan apa khabar anakanda2 yang sedang menuntut di mana saja.SATRIA 165!!. musab, muaz, mahfudzah,madihah, munzir, azzat, maryam, marlyana,biha, izyan, sodiq, effa, akif, aqila, shahmi,afiqah ..semuanya berapa orang ye..> 20 ke 30 orang.. tidak lupa gak adinda tersayang..Acu suaidah....jauh maupun dekat..x kira tahun dua, tiga atau yang baru mendaftar tahun satu ..pasti sedang berjuang dan belajar menyeimbangkan semua perkara. Apapun mama doakan agar semuanya tabah, sabar dan terus mara ke hadapan..terus melakar kecemerlangan dalam hidup ..sentiasa bertanya pada diri apa yang ku cari, apa yang ku kejar dan rebutkan dalam hidupku ini...moga soalan ini dapat menajamkannurani anakanda semua.
SENGAJA KU PAPARKAN DUA GAMBAR DI ATAS ..agar apa yang kita lihat lebih cepat menajamkannurani, gambar ini diambil 2 tahun lepas di kampung bahagia, kampung Cham Kemboja..sebuah kampung yang penduduknya lebih kurang 500 orang muslim..tiada bekalan air paip..tiada elektrik..tiada jalanraya..tiada kendaraan selain sampan, basikal dan motosikal..tiada pembangunan lansung, bangunan yang ada hanyalah rumah yang begitu kecil, begitu daif hanya terdapat sebuah madrasah dan masjid yang baru siap didirikan hasil kutipan dan sumbangan rakyat Malaysia yang antaranya diushakan oleh baba..
Pokok-pokok pun tidak banyak, yang ada hanyalah beberapa batang pokok kekabu yang berusia lebih kurang 5 tahun..gambar diatas adalah sebahagian ladang yang sedang diusahakan dengan tanaman pokok kekabu dan kapas..kampung ini baru saja diduduki tidak lebih 7 tahun yang lalu, sebuah kampung baru sebenarnya..lihatlah keadaan ladang , tanah tanih yang subur itu..yang telah dibersihkan , di sediakan agar apa yang ditanam nanti akan hidup subur dan akhirnya mengeluarkan hasil..hasil yang dapat memberikan manafaat pada orang yang ada dipersekitarannya...dalam proses itupun banyak risiko, banyak bahaya, banyak cabaran disamping baja , air dll yang diperlukan masa demi masa untuk pastikan ia terus hidup sepertimana yang diharapkan.
Begitu juga dengan kita manusia..Allah telah pun mengurniakan pada kita segalanya..cukup sempurna , walaupun kita tidak pernak memintanya..semuanya alam semesta ini dengan matahari, bulan, bintang, udara, air , tumbuhan , makanan...diri kita yang sempurna dengan kaki, aqal, tangan, jantung , paru-paru,mata, telinga juga hati untuk kita merasa..pun begitu Allah kurniakan dalam hidup kita ini ujian, cabaran, suka, duka, susah senang agar kita sentiasa mendekati Nya ..agar kita mengenali Nya..kerana apapun , siapa pun kita...kita pasti pulang..kembali pada NYa..
Muga sempena bulan Rejab..kedatangan Syaaban..dan yang paling istemewa Ramadhan dapat kita manafaatkan sepenuhnya..lebih mendekatinya, dapat meraih cinta kasih Nya..memperbaiki diri tanpa henti dan sentiasa memberi pada yang lain agar bermanafaat..ingat " the more you give the more you get"..
Mari sama-sama kita amalkan doa ini.."Ya Allah, sesungguhnya aku mohon cintaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMU dan amal yang dapat menghantarku kepada cintaMu..Ya Allah, jadikan cintaMu lebih kucintai dari diri ku sendiri, keluargaku dan demi air yang dingin"
Till then..Go! Go ! Go! Fight! Fight! Fight! Win! Win! Win!
Menajamkan nurani siapa jua yang memandangnya...
All About Kaabah
"Dari arah mana saja kamu keluar (datang) , maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhan mu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan" (al-Baqarah : 149)
Betapa indahnya gambar ini. Mengingatkan kita akan kebesaran Allah yang Maha Kuasa. Bercita-citalah kita kearahnya. Kejayaan kita akan sempurna jika kita dapat melihatnya dengan jarak yang lebih dekat lagi. Keinsafan pasti akan datang dalam nurani kita dan segala keinginan yang hendak kita capai pasti datang.Mudah-mudahan ya..mari sama-sama kita ikhlaskan dan pasrahkan kepada Ketentuan dan keizinan Nya jua...
Salam perjuangan...bahan ini sebahagian besarnya ku mohon izin drp seorang kenalan untuk di posting dalam blog ini..syukran jazilan..moga ramai yang dapat manafaatnya...
Menitis airmataku..agak deras dan hangat sekali.... Ya Rabb..ianya benar-benar menajamkan nuraniku ..Terasa benar... Rindu nak jejakkan kaki lagi ke Tanah Suci. Ya Razzaq, Ya Wahhab , Engkaulah Yang Maha Memberi dan mengurniakan rezeki.. murahkan rezeki kami agar dapat bertawaf di rumah Mu lagi...
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga..
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....
Subhanallah!!!
Allahuakbar!!!
Walau dimana dan apa pekerjaan kita seharian..marilah kita terus "bertawaf" sepertimana bertawafnya bulan, bintang, matahari, planet dan semua ciptaan Allah..langsung tidak pernah keluar daripada orbit yang telah ditetapkan...moga kita begitu juga sentiasa patuh, taat dan menundukkan diri dengan penuh kerelaan, keikhlasan dan pasrah kepada Al Malik..Yang Maha Memiliki...
Maha Pengampun dan Maha Penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya
Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.