Salam akhir Ramadhan..hari ini hari ke 29 Ramadhan..kalau ada rezeki esok ada sehari lagi bersama mu..dengar- dengar anakanda yang jauh diperantauan cuma bersama ramadhan 29 hari je..esok muslim di sana dah berhariraya..apapun moga telah berjaya melalui tarbiyah ramadhan tahun ini dengan success..moga telah dapat kembali jatidirimu dan kembali kepada fitrahmu yang asal yang dikurniakan oleh Allah penciptamu yang sentiasa menyayangi dan dekat denganmu..
Sayang dan cintanya Allah kepada kita tiada batasnya..kerdilnya kita disisinya..banyak mana kita beramal dan berusha untuk buktikan cinta kita pada Nya tidak mungkin dapat kita membalas segala kasihsayang dan nikmat yang telah dikurniakan pada kita..Maha Suci Allah ..semua itu agar kita sentiasa merasakan kerdilnya kita disisinya..
Bila kenang masa yang berlalu, saat bersama orang-orang tersayang memang mengharukan..sebab itulah kita perlu belajar menikmati sepenuhnya apa jua saat yang ditakdirkan pada kita..jangan nanti bila telah tiada lagi peluang baru kita sedar betapa ruginya kita membiarkan semua itu berlalu..malam tadi sempat meninjau kisah keluarga yang ditinggalkan orang tersayang "dengan paksaan", kerana ayah/suami di tahan dibawah ISA..ada yang dah lebih 5 tahun dan 6 tahun ditahan dibawah ISA..ditahan tanpa perbicaraan..mungkin tanpa bukti..bayangkan betapa zalimnya akta ini..menahan seseorang tanpa pembuktian, tanpa perbicaraan..bertahun-tahun..mungkin ada yang tidak kenal ayahnya kerana tika ditahan anak-anaknya masih kecil lagi. Cuba kita bayangkan kalau kita ditempat mereka..sudah tentu rasa tertekan dan tidak puashati..rindu.. yang munkin boleh dibuat ialah berdoa, bersabar dan menunggu..dan menunggu..Bila menletakkan diriku di tempat keluarga ini ia nya betul-b etul menajamkan nuraniku..aku belum lagi di uji sebegini..hanya diuji Allah berpisah dengan insan tersayang bersebab yang nyata..kerana tugas..kerana satu perjuangan..menuntut ilmu..sementara jua.. yang pasti ada sinar dan cahaya dihujung sana..
Buat anakanda tersayang yang jauh diperantauan, nikmatilah perpisahan sementara ini..tidak bersama di pagi raya adalah perkara biasa kan..dimana , dengan siapa kita meraikannya tidaklah begitu penting dibandingkan bagaimana kita meraikannya..berpegang kepada Islam , sentiasa jadikan Islam as our way of life adalah segala-galanya..mama berharap abang tabah dan dapat nikmati apajua suasana disana ..yang penting pertahankan jatidirimu, sentiasa berpegang dengan Islam..moga kebahagiaan sentiasa bersamamu ..
PUn begitu jarak antara kiat tidak terasa jauh pun dengan adanya internet dan dapat berhubung selalu terasa sangat kita dekat dan mudah berhubung..cuba bayangkan mereka yang terdahulu ..gi tuntut ilmu mengembara cari ilmu dengan berjalan kaki, naik kapal laut yang ambil masa bertahun-tahun, tidak kenal siapa-siapa disana..ada yang lebih 10 tahun tidak balik kampung..semata-mata kerana cintanya pada ilmu..yang penting kita nikmati semua itu..kita selalu dipesan bila susah lihat orang yang lebih susah agar kita rasa ada orang yang lebih susah daripada kita..kalau senang jangan lihat orang yang lebih senang tapi lihat juga pada orang di bawah kita..agar kita sentiasa mengingat diri kita siapa dan di mana..
Harap tulisan kali ini difahami..maaf jua dipinta tidak pandai menulis..dulu SPM pun BM hanya dapat C6..heh..heh..kawan-kawan selalu kata saya ada kelebihan pandai cakap tidak pandai menulis pun ok lah juga..tapi tiap kali ada kawan kata begitu, hati dan nuraniku tersentuh bahaya ni takut-takut pandai cakap je tidak pandai melaksanakannya..aku berlindung dengan Allah daripada memiliki sifat ini ..yang penting yang ku tulis tiap kali adalah apa yang ku rasa, apa yang ku alami..dengan harapan semua ini dapat menjamkan nuraniku..
2 comments:
eid mubarak. taqaballallahuminkum. selamat hari hari raya eidulfitr. maaf zahir dan batin, halalkan air susu mama, darah daging mama, oksigen yg mama bekalkan selama 9bulan abang dalam kandungan. Minta halal dan restu mama atas segala yang abg lakukan selama di sini..Hari raya kali ini benar2 bermakne bagi abang..
salam Syawal..mg amalan kita sepanjang ramadhan ditrima olehnya dan segala kesilapan dan dosa2 kita diampuni Olah Allah..itulah kejayaan yang hakiki..siapalah mama ni bang..semua itu kan sifat kasihsayang dan alwakil Allah yang sentiasa meniupkan rasa tanggungjawab, kasih sayang seorang ibu pada anak2nya..namun bagaimana hebat kasihsayang ibu pada anak2 nya pasti tak mungkin sama dan dapat menandingi kasihsayang Allah pada kita..kasihsayang yang tidak bersyarat..tidak ada tepiannya, tidak ada titik noktahnya..marilah sama2 kita membalas cinta ksihsayang Allah kepada kita dengan benar2 menghambakan diri kita kepadanya..Maaf atas segala salahsilap, kekasaran bahasa..segala2nya..Allahuakbar!allahuakbar!Allahuakbar!!!
Post a Comment