Salam akhir ramadhan..begitu cepatnya masa berlalu..tinggal 3 hari sahaja lagi peluang kita nak bermanja melepaskan rindu kita kepada ramadhan arkarrim..tahun hadapan entah kan ada peluang atau tidak..semalam sempat membaca salah satu blog kesukaanku..nik abduh anak tuan guru Nik Aziz..betul2 menyentuh dan menajamkan nuraniku..beliau bercerita bagaimana beliau dididik oleh ayahandanya, menghormati ayahbonda dan ulama..cara bercakap, body language dan semuanya mestilah mengambarkan rasa malu., rendahdiri dan menghormati mereka..siapalah mereka jika nak dibandingkan dengan kita..ianya benar-benar menyentuh nuraniku kerana itulah yang diajar dan dididik oleh Allah dan Rasululluh pada kita..menghormati, mentaati mereka kerana tanpa redha mereka tiadalah redha Allah..
Allah sentiasa melimpahi rahmat, kasihsayangnya kepada kita..tanpa henti dangan mengurniakan pula kepada kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung oleh kita..walaupun banyak hal kita tidak pun pernah meminta padanya..namun sifat insan mudah lupa dan kerap lupa Pada hadirnya Allah dalam hidup dan setiap helaan nafasnya..terlalu banyak kelekaan kita, kesilapan kita, dosa-dosa yang kita lakukan..namun kasihsayang Allah melebihi kemurkaannya pada kita..diberi kita peluang demi peluang, ruang demi ruang untuk kita kembali mendekati dan mengingatinya..
Marilah diakhir ramadhan kali ini kita betul-betul pulun untuk lebih mendekati, mengenali dan mencintai Allah dan Rasulullullah..tidak lupa juga ibubapa, adik beradik, anak-anak, sahabat, saudaramara, jiran tetangga dan insan semuanya..muga usha kita untuk menyebarkan cahaya yang pernah dibawa oleh Rasulullah bersama-sama para sahabatnya dapat kita warisi yang bakal pula diwarisi oleh anak-anak, cucu-cicit kita insyaallah..
Pagi semalam kami di sini alhamdulillah telah berjaga mengadakan satu majlis "Badar Al Qubra"..majlis meraikan lebihkurang 150 orang anak-anak yatim, ibutunggal dan fakir miskin dan memerlukan..tersentuh nurani ini bila bersama mereka diakhir ramadhan ini..wajah-wajah yang begitu syahdu dan penuh pengharapan..sempat bersama ustaz Sulaiman Sharif yang memberi tazkirah tentang ramadhan dan solat, tazkirah yang seharusnya dapat menajamkan nurani siapa saja yang mendengarnya..ramai orang yang fakir dan miskin tidak punya apa-apa dan serba kekurangan ..tapi hakikatnya lebih ramai lagi yang fakir dan miskin nurani dan jiwanya tetapi tidak pula risau dan ambil endah bagaimana hendak memperbaikinya..
Kalau tidak silap ada hadis nabi yang lebih kurang kesimpulannya..orang kaya yang pemurah dan kaya pula jiwanya lebih baik daripada orang yang miskin , miskin pula jiwanya..orang kaya yang miskin jiwanya adalah lebih buruk daripada orang miskin yang kaya jiwanya..ini sebenarnya peringatan kepada kita semua..jika kita ditakdirkan miskin pastikan jiwa kita tidak miskin juga tetapi pastikan jiwa kita kaya dan besar kerana itulah kekayaan yang hakiki..jika kita ditakdirkan kaya..pastikan jiwa kita juga kaya, kerana itulah kekayaaan yang sebenarnya.
Jiwa yang kaya itu dimiliki oleh orang-orang mukmin, yang sentiasa mengenali, mendekati dan mencintai Allah dan Rasulullah dan sentiasa berusaha untuk meneruskan perjuangan Rasulullah dan para sahabat walaupun terpaksa berhadapan dengaan bermacam ujian dan rintangan. Mereka inilah insan yang memiliki jatidiri yang sebenarnya.
Moga berakhirnya ramadhan tahun ini yang merupakan tarbiyah direct Allah pada kita setiap tahun dapat menjadikan kita insan yang memiliki jiwa yang kaya..nurani yang tajam , suarahati yang bersih daripada segala belenggu, dan sentiasa bersedia untuk bertemu dangan penciptanya..moga berlain yang ada dalam diri kita dapat dikeluarkan dan digilap sentiasa agar ia memancarkan sinarnya yang bakal menyinari insan yang memerlukan..
No comments:
Post a Comment