Assalamualaikum anakanda2 dan sahabat2 yang dikasihi lagi di Rahmati Allah..

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang tidak mampu kita menghitungnya...Hari ini adalah hari ke6 Zulhijjah..marilah sama2 kita pertingkatkan amal kita sebelum kita menyambut Edul Adha tahun ini..perbanyakkan solat2 sunat kita terutamanya solat tahajjud, bersedekah,berzikir, berdoa dan lain2..dan jangan lupa yang berkemampuan mengerjakan korban di Edul Adha..

Ya Rabb..kurniakan kami kesempatan dan kemampuan untuk kami mengerjakan haji dan umrah ..kami rindukan kesempatan untuk duduk di bawah terik matahari di padang Arafah..untuk berwukuf..memohon keampunanMu..memohon perlindungan dan RahmatMu..rindu untuk beramal dan beribadat ketika di Tanah Suci...

Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.
Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.
"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran.
"Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.
Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.
"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita.
"Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya.

Anakanda2 dan sahabat2 yang dikasihi...Pada hari tersebut juga, kita, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa..jom kita berpuasa dan banyak2 berdoa dan beristighfar pada hari tersebut dan di malam hari Raya..memohon keampunan..memohon keredhaan, rahmat dan perlindungan daripada Yang Maha Pengampun..Maha Mengasihani agar kita selamat di dunia dan selamat daripada siksa api neraka diakhirat.. Marilah sama2 kita merenung jauh ke dalam diri kita..adakah setelah sekian lama kita hidup menumpang di bumi Nya ini dengan segala nikmat dan kemudahan yang di sediakan oleh Pencipta kita..sudahkah atau sanggupkah kita mengorbankan semua yang kita miliki sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya..sebagaimana pengorbanan yangdilakukan oleh bapa kita sekeluarga..Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar??


Renung-renungkanlah..sudahkah kita mengorbankan semaksima mungkin masa, tenaga,harta benda dan jiwa kita demi cinta kita  kepada Allah, Rasulullah dan Islam ..atau sanggupkah kita mengorbankan apa saja bila sampai tika dan masanya untuk membuktikan cinta tanpa berbelahbagi pada Allah dan Rasulullah saw..

Kepada  semua, Selamat Menyambut Edul Adha..Ya Rabb ampuni kami, rahmati kami, lindungi kami, tuntuni kami, ajari kami .....Khas untuk anakanda yang disayangi Abdullah Mus'ab dan NorHidayah..bersabar dan tabah dengan ujian perpisahan jarak antara kalian..Ya Rabb rahmati,lindungi ,kurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan pada mereka..pasti ada hikmah besar disebalik semua ini..untuk Dayah..Welcome home!! Back to Malaysia... 

1 comment:

pensel tajam said...

satu doa satu hati satu malaysia...