Masakan Nabi Sulaiman - Rezeki Allah yang tanpa batasnya...

Assalamualaikum..
Salam perjuangan..anakanda2 dan sahabat yang dikasihi dan di rahmati Allah swt...

                                                                 'mengopek rezeki'

" Segala yang ada di langit dan bumi semuanya sentiasa meminta-minta kepadaNYA..Allah ,setiap waktu DIA di dalam kesibukan" - Ar Rahman ayat 29


"Life can be found only in the present moment. The past is gone, the future is not yet here, and if we do not go back to ourselves in the present moment, we cannot be in touch with life." - Ven. Thich Nhat Hanh


Terasa sangat lama tidak menulis di blog ku ini hingga hampir lupa kewujudannya..passwordnya juga hampir lupa..sebok kah?? tidak sempatkah?? tandus ideakah?? hilang minatkah??? semuanya lah yang pasti aku tidak buat sebarang new post..hanya sekadar menjengok dan beri komentar ke blog2 yang ku singgah dan gemari...

Banyak peristiwa pahit manis kenangan dalam hidup ini yang pasti tidak dapat ku lupakan..yang pasti ia terakam indah di minda separa sedarku - or unconcious mind ku...kalau aku tidak mencatatkannya di sini mungkin ia akan terpadam satu hari nanti,,..semoga ia jadi pengajaran buatku , anak2 dan sahabat seperjuangan...

Beberapa minggu ini sebok dengan pelbagai program.. menghantar Anakanda  ke 4 ,Madihah mendaftar di KUIN Alor Setar pada 7 Julai . Alhamdulillah dia dapat menyambung di sana menuntut ilmu di bidang Syariah setelah hampir setahun duduk di rumah membantu mama dan babanya..rindu ni Maya..majlis  taklimat di KUIN sangat mengesankan aku , menitis airmata ini mendengar ucapan orang2 hebat KUIN yang memiliki Visi Misi yang sangat agung..terutamanya ucapan Menteri Besar Kedah Ust Azizan ..dah boleh bayangkan nanti tahun 2012 kampus Induk KUIN yang baru tersergam indah dengan sungai dan tasik di hadapannya..melahirkan insan2 hebat bakal meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Aku bersyukur dapat bertemu dengan guru dan sahabatku Dr.Aziz Hanafi Dekan Fakulti Syariah KUIN yang sekian lama tidak kutemui , hampir 25 tahun..walaupun tidak berpeluang bersembang dengannya bertemu wajah telah cukup buatku..terbayang zaman dulu2 waktu aku menuntut ilmu dan berjiran dgn nya   di Taman Melewar di tahun2 80an...Terima Kasih Ya Rabb atas semua yang telah kau atur untuk kami...

Sebelum daripada itu aku dan seisi keluarga mengikuti "Event of the year ESQ165 " bersama Pak Ary dan trainner yang lain- pada 4,5,6 Julai d Marriot Hotel Putrajaya), Lama betul tidak dapat ikut training yang di kendalikan oleh Pak Ary sendiri..Alhamdulillah puas ..macam biasa Pak Ary sentiasa segar, kreatif, bertenaga dan sangat mengesankan ketika training..sentiasa ada  bahan yang menarik untuk di kongsikan..

Daripada Alor Setar aku dan suami (berdua je honeymoon kah??) terus ke Kota Baharu untuk menghadiri muktamar Pas Pusat..9, 10hb Julai aku menjadi perwakilan di DMPP hinggalah 11,12,13hb aku menjadi pemerhati je di muktamarPas Pusat..Alhamdulillah sepanjang aku jadi ahli Pas sejak tahun1982 aku tidak pernah missed ikut muktamar sepenuhnya melainkan beberapa kali ( kurang drp 3 kali)..itupun kerana dalam pantang melahirkan anak2..Alhamdulillah semua itu banyak mendidik dan mematangkan aku..pemimpin bertukarganti..yang pasti perjuangan mesti diteruskan!!!

Sepuluh hari lebih kurang meninggalkan rumah dan anak2 adalah catatan paling lama yang pernah ku buat selepas berkeluarga selain daripada 15 hari di tahun 1998 ketika aku mengerjakan umrah - tika itu suami ku tidak bersama tapi membawa bersama Siti Hajar anakanda no 7 ku yang hanya berusia 11 bulan tika itu tidak sanggup untuk di tinggalkan kerana masih menyusu badan..Semua ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam..antara siri2 tarbiyyah Allah untukku...memerlukan kekuatan jiwa dan kemahiran pengurusan masa dll..hanya kepada Allah jua kupohon kekuatan dan permudahkan segala urusan..

Kembali daripada Kelantan Alhamdulillah hingga kini hampir 10 hari tidak gerak jauh2 hanya di sekitar Muar menguruskan anak2 dan urusan keluarga termasuklah urusan untuk kenduri anakanda sulungku pada 10 hb nanti....Satu pengalaman baru bagi ku..banyak belajar daripada mak dan abah..urusan jemput menjemput..beli membeli..atur mengatur..urus mengurus..Ya Rabb berikan ku ketabahan. kekuatan, kesabaran dan permudahkan segala urusan ini...


Rindu pada sahabat2 seperjuangan tidak boleh terkata..lama tidak jumpa dalam usrah , program, mesyuarat masing2 sebok dengan urusan cuti, muktamar dll...terubat sedikit bila usrah cawangan berjalan...namun aku hiburkan hati ini dengan melayari FB dan blog2 tertentu untuk mengubat kerinduan perjuangan ini...Semua ini adalah rezeki daripada Allah ..rezeki iman, amal, kesihatan badan, kelapangan waktu dan rezeki yang halal untuk meneruska kehidupan dan pengurusannya...Syukur terima kasih ya Razzaq..

Sebagai coretan penutup kali ini mari kita ambil iktibar drp kisah ini.."Masakan Nabi Sulaiman".

Nabi Sulaiman as mempunyai kerajaan yang sangat besar, pemerintahannya terdiri daripada bangsa manusia, jin, binatang, tumbuhan serta dapat menguasai angin. Suatu hari Nabi Sulaiman as telah meminta izin dari ALLAH untuk memberi rezeki kepada tiap2 mkhluk yang mendapat rezeki Allah selama setahun penuh. Allah berfirman, " Kamu tidak akan mampu berbuat demikian." Sambung Nabi Sulaiman, " Ya Allah izinkan lah untuk satu hari sahaja", lalu akhirnya Allah izinkannya.

Nabi Sulaiman segera memerintahkan semua golongan manusia dan jin untuk memasak makanan dan dikumpulkan di suatu tempat. Apabila makanan itu siap diatur maka panjangnya sejauh sebulan perjalanan begitu juga dengan lebarnya...subhanallah.... Allah pun mewahyukan, "Wahai Sulaiman! makhluk manakah yang akan memulainya? Jawab Nabi Sulaiman, "Makhluk di laut dan di darat, "Kemudian Allah memerintahkan ikan besar memulainya. Kata ikan itu, "Wahai Sulaiman ! Sesungguhnya Allah telah memberi rezekiku di tanganmu hari ini."

Belum pun sesaat menghadap makanan itu, lalu habis semuanya di makan. Kata ikan itu, "Wahai Sulaiman, berilah aku makan sampai kenyang. " Jawab Nabi Sulaiman, "Adalah kamu belum kenyang lagi. " sebaik sahaja mengetahui ikan itu masih belum kenyang, Nabi Sulaiman pun terus sujud kepada Allah swt dengan berkata, "Maha suci zat Mu yang menanggung rezeki tiap-tiap makhluk ciptaaan Mu, sesungguhnya yang menerima itu ia tidak pernah merasakan apa-apa."..Subhanallah.. Ya Razzaq  sesungguhnya engkau lah Yang Maha memberi rezeki..tanpa batas dan tanpa hentinya...terima kasih yang Allah kami bersyukur atas segala nya...

Anak2 dan sahabat yang di kasihi..kehidupan ini juga adalah rezeki ..marilah sama2 kita memaknainya...menghargai kehidupan yang sangat singkat ini..bersyukur, redha dan ikhlas menerima semuanya yang telah di atur oleh Allah..begitu indah, cantik sempurna.tepat pada masa ketika dan suasana..walau ianya susah , pahit, memenatkan, meletihkan, menyakitkan..bagi mereka yang memahami dan beriman semuanya itu indah dan cantik bila kita ingat siapa diri kita..apa tujuan dan motif kita diciptakan dan kemana kembali kita nanti...


Selamat berjuang!!!!

3 comments:

Nur Su'aidah said...

salam. dahsyat! :)
lama tak baca dan lama tak mengikuti. 1st time dgr pasal kisah Nabi Sulaiman tuh.

tajamkannuraniku said...

Syukran singgah ye..semangat ni utk terus menulis...

pensel tajam said...

teringin meneruskan hidup yg kekal di syurga sekeluarga.mampukah kita pastikan itu ma?