Di mana hati kita...apa khabar hati kita hari ini?

Assalamualaikum...salam perjuangan...gambar2 di atas- yang sempat di copy and paste daripada beberapa blog dan website..semuga pengalaman orang lain pun dapat menajamkan nurani kita..kalau nurani tidak tersentuh..maybe something wrong dengan nurani kita...carilah hati/nuranimu di 3 tempat..ingat pada kematian..or..dalam solat/dengan solatmu..or mentadabur surat cinta Allah- AlQuran..kalau masih juga tidak merasa..mintalah pada Allah agar ditukar hati itu..kerana sesungguhnya kau telah tidak memiliki hati lagi...
Walaupun 1 Ogos telah berlalu ..banyak hati yang masih pedih dan terluka..

Oleh Paktam Mat, Jitra
Tahniah buat semua peserta himpunan aman Mansuh ISA hari ini. Anda anda hero
saya. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan keberanian anda, turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko bagi memperjuangkan kebenaran dan membenam kezaliman.
Saya dapat rasakan semangat dan komitmen hebat anda. Ditembak gas pemedih mata, dibalun belantan polis, diasak semburan air asid, semuanya tidak menjadi halangan besar buat anda semua untuk mengungguli perjuangan menuntut agar semua undang-undang zalim dimansuhkan.
Saya tumpang bahagia melihat anda beraksi demi kesejahteraan Malaysia tercinta ini.
Anda semua telah memulakan, polis juga telah menunjukkan belang, soalnya apakah langkah susulan selepas ini? Pastinya tidak boleh berdiam diri. ISA adalah akta paling zalim dan mesti dikuburkan segera. Apa lagi yang nak dirundingkan Najib sehingga perlu memakan masa untuk memansuhkannya secara total.
Saya yakin anda semua tidak pernah percaya dengan jaminan Najib itu. Saya juga. Jadi, mesti ada tindakan untuk memastikan ISA dilupuskan terus.
Sekali lagi, tahniah buat semua peserta demonstrasi hari ini. Saya benar-benar berbangga dengan kehebatan anda semua! _

3 comments:

pensel tajam said...

GO TO HELL, ISA.

tajamkannuraniku said...

Kata seorang blogger - Al Bakistani..."Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"

"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"

"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"