How to Create- Dream Board -Vision Board
Posted using ShareThis
Ya Rabb..Rumah Teduh Kasih ini..menajamkan lagi nuraniku...
Salam perjuangan..
.
adakah permulaan diatas akhirnya membawa hidup mereka ke "Teduh Kasih"
Alhamdulillah dah 2 kali minggu ini ke rumah Teduh Kasih di bandar Muar..tempat bekas penagih Dadah berteduh sementara..tapi entah sampai bila...wajah2 layu..lusuh..kurus kering..tapi penuh pengharapan ..Kali pertama Isnin datang dengan hasrat nak berjumpa En Mohammad pegetua/pengerusi rumah Teduh Kasih ini, tanpa sebarang temujanji ..tapi gerakan nurani terdalam ini tidak dapat ku tampung lagi..pasrah dan terus singgah walaupun sebenarnya takut..risau..bimbang dgn penghuni2 di situ...
Turun daripada kereta seorang diri..Madihah tidak mahu turun..seram katanya...terus memberi salam pada 3 orang penghuni disitu yang sedang membaca suratkhabar..Assalamualaikum...boleh saya berjumpa dengan pegawai yang bertugas di sini?..Ketiga2 penghuni itu terus bangun berdiri sambil menjawab salam..Waalaikumsalam..Puan.hendak berjumpa siapa?..En Mohammad keBP..tapi En ...(lupalah pulak namanya)..ada..silakan puan duduk...Tahu apa perasaan ku tika itu..tergamam..patutkah aku duduk di sini...Penghuni ini nampak begitu sopan dan menghormati tetamu..berperang dgn diri ku sendiri..macam2 persepsi terhadap mereka..tapi memang menakutkan..keadaan fizikal mereka je dah cukup membuatkan aku berfikir dan merasa betapa derita, sakit dan tertekannya kehidupan yang telah mereka lalui dan akan lalui...
Cukupkah hanya sekadar kita menitiskan airmata...
Pendekkan cerita...bila aku dijemput untuk masuk ke pejabat mereka..sekali lagi aku tergamam..eh..nak masuk ke pulak..kat luar, disini aje lah dik..Tak Puan..jemput masuk ke Pejabat kita...nampaknya aku tidak ada pilihan..terus ke kereta pujuk Madihah temankan...Alhamdulillah akhirnya dia sudi temankan...Bila aku melangkah masuk diruang tamu rumah Teduh Kasih ini...Subhanallah memang begitu teduh, tenang, damai..bersih dan selesa ..pendekata..Aura rumah ini sangat positif...Ku lihat di bahagian depan ruangtamu tersusun rapi sejadah2 ,quran2 dan beberapa buah buku.Subhanallah ..ruangtamu ini sebenarnya adalah surau mereka..inilah kekuatan kami katanya..SOLAT ..tanpanya tentu kami cari dadah semula..tersentuh nuraniku..tanpa ku sedar menitis lagi airmata ini..terbayang tika itu..tentu banyak sekali airmata taubat, keinsafan telah tertumpah di ruang tamu ini...
Perbincangan awal dgn pegawai yang bertugas sangat berjaya..aku perkenalkan diri ku daripada "Beautiful Life Coaching"..memilih untuk mengadakan ESQ Leadership Training khusus untuk penghuni di situ dan Bekas2 penagih lainnya daripada Pengasih..dgn kerjasama KALAM,Cosre dan ESQ LC...setelah ku terangkan serba ringkas apa itu training ESQ..dan cara perlaksannannya Alhamdulillah respond nya sangat2 positif..dan aku diminta untuk datang dan bincang detail dgn Pegawai atasannya...
Penghuni di sini ada lebihkurang 40 orang..yang bekerja dan penuh yakin dan berani keluar berjumpa masyarat hanya l/4 daripada penghuni..yang lain2 walaupun telah pulih dan meninggalkan Dadah tapi belum berani keluar dan bercampur masyarakat..takut terjebak semula... .macam2 latarbelakang mereka..ramai gak gradute..bekas pelajar universiti..yang dah berumurpun ada..60an..kebanyakannya mula menagih ketika di sekolah rendah ..telah berpuluh tahun menagih..itu masa silam mereka..yang sangat menuntun keperihatinan kita adalah ..apakah peranan dan huluran tangan yang boleh kita berikan untuk mereka memaknai kehidupan mereka selepas adanya kesedaran, keinsafan dan keinginan untuk benar2 berubah...Jom sama2 kita fikirkan..
OK nanti kita sambung lagi..apapun ..perjumpaaan kali ke2 semalam dengan En .Mohammad..Subhanallah..Alhamdulillah..mereka telah bersetuju untuk menerima ESQ Leadership Training ..mereka akan kumpulkan bekas Penagih Dadah antara 100-300 orang di sekitar Johor Melaka dan NS..Insyaallah dalam masa sebulan dua ini akan di laksanakan..Mohon doa semua ye..sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada KALAM /Cosre puan Faridah... .
Jom!! Mengabdikan diri, sembah , sujud kepadaMU Illahi....
KAMI PASRAHKAN DIRI INI ..
"Sudahkah kita benar benar bersujud pada NYA.."
Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya istrinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?
QS. Az-Zumar: 6
QS. Az-Zumar: 6
Jom ajak Keluarga dan sahabat2 kita Menomborsatukan Allah!!
Allah Maha Kuasa. Semua makhluk di alam semesta ini lemah dan tak berdaya di hadapan-Nya. Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala menghendaki, segala nikmat bisa putus dalam sekelip mata...
Dengan realiti ini, logikanya, kita akan senantiasa menempatkan Allah pada urutan pertama dalam segala hal. Ketika bertembung dengan kepentingan Allah, maka yang lain menjadi kurang penting sepatutnya. Harta kekayaan yang kita usahakan, harta perniagaan yang kita khawatiri kerugiannya, rumah-rumah yang kita senangi, anak-anak yang kita kasihi, isteri /suami yang kita sayangi, semuanya tunduk pada kepentingan Allah.
Namun kebanyakan kita, disadari atau tidak, telah menempatkan Allah tak lagi pada urutan pertama. Saat adzan Subuh berkumandang, kita enggan untuk segera bangun dan mengambil wudhu. Kita lebih suka melengah-lengahkan waktu dengan tenggelam di dalam hangatnya selimut.
Ketika adzan Maghrib berkumandang, kita terasa enggan beranjak dari depan televisi. Dengan dalih masih tersisa waktu, kita merasa sayang melewatkan cerita sinetron yang disajikan televisi.
Ketika adzan Maghrib berkumandang, kita terasa enggan beranjak dari depan televisi. Dengan dalih masih tersisa waktu, kita merasa sayang melewatkan cerita sinetron yang disajikan televisi.
Bahkan, tanpa sadar, kita pun telah mengajarkan kepada keluarga untuk ikut menempatkan Allah tak lagi di urutan pertama. Setiap malam, kita suruh anak-anak segera tidur agar besok tak terlamat ke sekolah, bukan agar tak terlambat shalat shubuh. Kita ajari anak-anak menabung, tapi tak kita ajarkan mereka bersedekah.
Ketika isteri terlambat memasak, kita merasa tidak puas hati. Tapi, kita tak marah jika isteri lewat shalat. Kita merasa khawatir isteri lupa menyisihkan wang untuk cicilan rumah, tapi kita tak pernah bertanya apakah zakat penghasilan sudah dibayarkan atau belum.
Lambat laun, bermunculanlah tuhan-tuhan baru di rumah kita. Kita tempatkan Allah, Tuhan yang seharusnya kita sembah, di urutan kedua, ketiga, keempat, bahkan terakhir, lalu tak lagi kita dengar seruan-Nya.
Padahal kita tahu, Allah tak mungkin tertandingi. Allah tak akan berkurang kuasa-Nya dengan sikap kita itu. Malah, sikap itulah yang akan menjerumuskan kita dalam jurang penyesalan yang abadi.
Sejak pertama lahir ke bumi, kita sudah diperdengarkan kalimat tauhid oleh orang tua kita. Laa ilaa ha ilallah. Tiada tuhan selain Allah, tak boleh ada tuhan kecuali Allah.
Dan, ketika kita sudah memiliki momongan, kita pun mengumandangkan kalimat tauhid ke telinga anak kita. Tiada tuhan selain Allah, tak boleh ada tuhan kecuali Allah.
Rupanya kita telah menduakan DIA. Kita biarkan “tuhan-tuhan” itu hadir di tengah keluarga kita.
Mari kita usir “tuhan-tuhan” tersebut. Ajarkan kembali keluarga kita untuk menomborsatukan Allah.....
Perjalanan hidup kita ini masih jauh??? ya ..jika Allah panjangkan usia kita di dunia ini..banyak lagi laluan, ujian, cabaran yang bakal menunggu kita..sekiranya umur kita pendek sekalipun..perjalanan kita selepas kematian nanti jauh lebih mencabar,..lama.. ..meletihkan..memedihkan..penuh dengan segala penderitaan dan kesakitan..sekiranya sepanjang hayat kita ini kita tidak memahami dan merasai dan memaknai kehidupan ini...Yang pasti hidup ini mesti di teruskan..dengan cara yang telah dianugerahkan kepada kita..Oleh Pencipta kita..di contohkan pula kepada kita oleh barisan kekasih-kekasih Allah yang hebat2 belaka...
Jom kita cuba masak dan makan....
Salam perjuangan...
Maaflah kak..Home sweet home...saya copy and paste ke blog saya ni...sebenarnya dah lama cari resepi fish ball ni...dah banyak kali cari dan cuba tapi tidak ada yang mengena..harap2 kali ni ok...anyway thanks a lot selalu share...
Thursday, January 7, 2010
Homemade Fishball and Soup
Bahan:-
- 400 gm isi ikan tenggiri
- 1 sk. garam paras rata
- 1/2 sk. serbuk lada sulah
- 3 sb. tepung jagung
- 2 sk. tepung ubi
- 60 ml air sejuk/secukupnya
- 1/4 sk. soda bikarbonat
- secubit serbuk perasa jika suka
- Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.(*Ummi xda FP, so guna blender jek)
- Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
- Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
- Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
- Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.
ok...cuba jangan tak cuba..
Ni satu lagi resepi biasa2 je..tapi sedap....
Begedil Ayam/Daging
Bahan-Bahan:
3 biji kentang (saiz sederhana ,buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
secawan gading yg telah dicincang halus/isi ayam
sesudu teh serbuk lada putih/sulah (jika guna ayam)
sesudu teh serbuk lada hitam (jika guna daging )
Garam (secukup rasa)
1 sudu bawang goreng (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (digoreng)
1 sudu daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
secawan Minyak masak untuk menggoreng menggoreng.
Cara:
1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Rebus daging dengan secawan air dan tumbuk. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada hitam. (jika guna ayam , goreng ayam dahulu dan tumbuk daginnya.guna lada sulah)
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Biasa nya saiz begedil bergantung kpd kesukaan masing2. saya biasa membuatnya kecil sebesar duit 50sen.
4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Tips untuk begedil:Biasanya aduan tentang begedil lembik dan hancur dalam kuali. Ini kerana adunan tidak melekat. Ada orang masukkan sesudu tepung gandum dalam adunan ttp saya lebih suka goreng kentang, Bila kentang di goreng , minyak akan jadi bahan pelekat untuk elak kentang dari terbarai.
Sebut betul2... begedil bukan pegedil atau berdegil...
Subscribe to:
Comments (Atom)






