Gambar2 yang sempatku rakam ...

Sejurus selepas di serang water cannons dan tear gas..lari lintang pukang ke stesen LRT..mata pedih, muka macam rasa terbakar..sesak nafas dan rasa loya..hero kami yang teruk sekali, masalah pernafasan dan muntah..
Kena serang water cannons dan tear gas oleh FRU..lintang pukang lari terus masuk toilet lelaki basuh muka dgn air garam Aura Life...jam 4.15ptg



Di Jalan Tunku Abd Rahman..terjumpa mantan SU DMPNJ..selepas diserang water cannons..

Di hadapan Komplex SOGO..jam 3 ptg..



Kami 4 beranak sempat lak lunch ..d Jalan TAR sejurus sebelum diserang tear gas..di tepi SOGO




YB Sivarasa Rasiah .. di bawah stesen LRT Bank Negara..beberapa minit sebelum di tahan





Ini adalah hero kami






masing2 bertahan di jejatas drp stesen LRT ke komplex sogo





Udara yang dicemari tear gas..siapa bertudung putih tu..

Salam perjuangan...gambar2 yang agak menarik yang sempatku rakam pada himpunan aman mansuhkan ISA..pengalaman yang begitu berharga yang bakal menjadi penguat semangat kami untuk terus berjuang...





Hidup untuk apa...


Assalamualaikum...salam perjuangan..Hidup untuk apa, untuk siapa, nak ke mana ku bawa hidupku ini...kata seorang blogger- AlBakistani.."Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain" "kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan""Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"


Sangat setuju dengan prinsip hidupnya...bukankah diberi Nya kita ...

- mata mengapa kita tidak melihat..

- telinga mengapa kita tidak mendengar..

- hati mengapa kita tidak merasa..

- anggota2 yang lainnya, mengapa kita tidak

bergerak dan bertindak...


Bangunlah wahai umat Nabi Muhammad saw..mari kita bersatu hati..membela Agama..dengan belajar , memahami dan menghadamnya, menghayatinya , melaksanakan tuntutannya dan memperjuangkannya!!!

Di mana hati kita...apa khabar hati kita hari ini?

















Assalamualaikum...salam perjuangan...gambar2 di atas- yang sempat di copy and paste daripada beberapa blog dan website..semuga pengalaman orang lain pun dapat menajamkan nurani kita..kalau nurani tidak tersentuh..maybe something wrong dengan nurani kita...carilah hati/nuranimu di 3 tempat..ingat pada kematian..or..dalam solat/dengan solatmu..or mentadabur surat cinta Allah- AlQuran..kalau masih juga tidak merasa..mintalah pada Allah agar ditukar hati itu..kerana sesungguhnya kau telah tidak memiliki hati lagi...
Walaupun 1 Ogos telah berlalu ..banyak hati yang masih pedih dan terluka..


Oleh Paktam Mat, Jitra
Tahniah buat semua peserta himpunan aman Mansuh ISA hari ini. Anda anda hero
saya. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan keberanian anda, turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko bagi memperjuangkan kebenaran dan membenam kezaliman.
Saya dapat rasakan semangat dan komitmen hebat anda. Ditembak gas pemedih mata, dibalun belantan polis, diasak semburan air asid, semuanya tidak menjadi halangan besar buat anda semua untuk mengungguli perjuangan menuntut agar semua undang-undang zalim dimansuhkan.
Saya tumpang bahagia melihat anda beraksi demi kesejahteraan Malaysia tercinta ini.
Anda semua telah memulakan, polis juga telah menunjukkan belang, soalnya apakah langkah susulan selepas ini? Pastinya tidak boleh berdiam diri. ISA adalah akta paling zalim dan mesti dikuburkan segera. Apa lagi yang nak dirundingkan Najib sehingga perlu memakan masa untuk memansuhkannya secara total.
Saya yakin anda semua tidak pernah percaya dengan jaminan Najib itu. Saya juga. Jadi, mesti ada tindakan untuk memastikan ISA dilupuskan terus.
Sekali lagi, tahniah buat semua peserta demonstrasi hari ini. Saya benar-benar berbangga dengan kehebatan anda semua! _

Perhimpunana aman Menentang ISA



Salam perjuangan..himpunan aman yang langsung tidak aman dengan serangan fru, polis , watercanon dan tembakan gas pemedihmata...Alhamdulillah baru saja sampai rumah di Sentul , menyertai sebahagian daripada himpunan menentang ISA..pengalaman yang sangat berharga, manis, memedihkan..tetapi yang pasti tidak akan pernah sama kepedihan yang di tinggalkan di hati mangsa tahanan ISA, isteri, anak2 dan ahli keluarga mereka.
Maaf tidak dapat upload gambar2 semasa himpunan..insyaallah next posting.kali ini sekadar berkongsi sedikit apa yang ku rasa...suatu pengalaman yang menajamkannuraniku yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat..

Subhanallah..sedapnya...


Subhanallah..sedapnya..nampak je pun dah sedap..pandai gak anakandaku ni masak..ikan terubuk bakar cicah dgn air asam dan kicap pedas masam manis..kita yang kat Malaysia ni pun dah berapa minggu cari ikan terubuk tak dapat..belum ada rezeki...dulu kalau dia balik daripada Sarawak pasti dia beli beberapa ekor..masak asam pedas dan bakar memang sedap..terangkat..tambah pula ikan terubuk Sarawak..manis lemak dan tak berminyak..tak macam ikan terubuk UMNO..agak tawar, daging agak kasar dan berminyak..
Baru balik daripada Singapore..join esq training kat sana..walaupun peserta tidak ramai tapi memang ada "power"..trainiers nya pak Andy dan Akmal drp Malaysia...ambil kesempatan ziarah atok saudara dan mak saudara kat sana..maka bermulalah pesta makan-makan..sempat pergi Gelang Pasar Serai..pasar basah, kering , di tingkat atasnya pula gerai makan..macam-macam makanan ada..banyak betul pilihan..sampai tidak tahu nak pilih mana satu..akhirnya makan nasi padang dan kacang pol...Alhamdulillah..sedapnya..pengunjung sangat ramai semuanya datang untuk jamu selera..kalau seramai ini yang datang ke masjid, majlis ilmu dan ke program2 bina diri..alangkah bagusnya...sampai nak beli makanan pun kena beratur begitu panjang..ambil masa lebih kurang 30 minit baru dapat giliran...mudah2an kita sentiasa berpegang pada..makan untuk bertenaga beribadat padaNYa..bukan makan hingga malas nak beribadat pada Nya..makan untuk hidup beribadat bukan hidup untuk makan semata2...